Sabtu, 21 Disember 2013

terkenang-kenang....

Saya cuma merupakan salah seorang bekas pelajar di sekolah ini.  Sekarang saya pulak yang mengajar di sini.  Tidak banyak yang berubah di sini berbanding 32 tahun dahulu.  Kami masih menggunakan blok sekolah yang asal sebagai bilik darjah.  Perbezaan yang ketara adalah tambahan blok baru di sebahagian kawasan padang sekolah kita dulu (pastinya keluasan padang semakin menyusut...) Haaa... lagi satu, kalau dulu kat 'gate' tiada pos jaga, sekarang udah ada.  Setiap kali menjejak kaki ke sini, terasa masih segar dia ingatan akan suasana pembelajaran yang dahulu.  Bau rumput di skkk pun masih tetap sama....

laaaa... ralit menaip, dah pukul 5.30ptg. Terpaksa berhenti dahulu, nak g buat air untuk anak-anak. (hehhehehe... kalau arwah cikgu patimah baca tulisan saya ni, mesti dia geram kerana banyak sangat salah tatabahasanya... tu, blm tambah typo error lagi.. kuikuikui....  Al-Fatihah kepada guru kesayangan ramai ini...)